Anda mungkin memaafkan Jelena diatas sikapnya yang tidak seperti orang
biasa. Dia baru berusia 19 tahun, namun begitu di dalam kerjaya pendeknya,
dia telah melarikan diri daripada perang di Yugoslavia, meninggalkan
rumahnya di Croatia pada usia 6 tahun dan meninggalkan rumahnya di Serbia
pada usia 11 tahun. Dia menerima kerakyatan Australia dan mendirikan rumah
di Sydney bersama keluarganya. hanya untuk seketika, dan kemudian
menyerahkan kewarganegaraan barunya dengan penuh kemarahan dan menggantikan
kembali dengan kewarganegaraan Yugoslavianya. Setelah berpindah ke Amerika
Syarikat dan kembali ke Belgrade, sekarang dia tinggal di Monaco. Setakat
ini, kita masih belum pun membincang tentang ayahnya, Damir.
Ketika datangnya Dokic kepada ibubapa pemain tennis yang mungkin berasal
daripada neraka, Dokic boleh dikatakan suatu cerita dongeng.Mengikut tradisi
lama ayahnya yang agresif, pengaut wang atau lantang dalam Pusingan WTA,
Damir mengambil alih tempatnya dengan baik sekali.
Gemar menikmati minuman keras, Damir menempatkan dirinya untuk disingkirkan
daripada Edgbaston Priory Club di Birmingham, Wimbledon and the Terbuka US.
Dia mencetuskan berita-berita gempar selepas melarikan sebuah mikrofon
televisyen dan memarahi jurukamera di Melbourne di saat kemunculan awal
Jelena pada Terbuka Australia pada tahun 2000.Damir dengan keterbatasan
bahasa Inggerisnya,, anak perempuannya boleh dilihat disisinya,
menterjemahkan apa yang diperkatakan ayahnya, memohon maaf dan cuba untuk
menenangkan keadaan apabila berada dalam situasi yang tidak terkawal..
Kemudian dia akan kembali bekerja dan memenangi perlawanan berikutnya, dan
dengan selambanya bercerita tentang pukulan depan dan pukulan kilas kepada
wartawan yang menunggu di ruang wawancara. Jelena mempunyai setiap hak yang
untuk berbeza.
Ditengah celaan semua media massa, kepercayaan terhadap Jelena sebagai
seorang pemain tenis kerap diabaikan. Dia menjadi pemain tennis junior
nombor satu di dunia pada usia 15 tahun.dan kemudian setahun selepas itu dia
berjaya membuktikan kepada dunia dengan mengalahkan pemain tenis nombor satu
dunia Martina Hingis di Wimbledon pada pusingan terbuka. Jelena telah
melalui pertandingan kelayakan dan berkedudukan 129 pada masa itu. Pada
tempoh masa akhirnya- dia terhenti pada suku akhir-rangkingnya berganjak
kepada 37,dan tidak pernah turun kembali.
Setiap pencapaian Jelena seolah-olah turut dibantu oleh sikap keterlaluan
yang dimiliki oleh Damir.Setiap kenaikan rangking anaknya yang akhirnya
berada pada kedudukan tertinggi di Terbuka USA 2002,digunakan sebagai
landasan untuknya,dimana dia cuba untuk menumpang kepopularan anaknya untuk
memulakan karier politiknya dalam parti sayap kanan di Serbia.
Rom menjadi saksi bagi kejayaan cemerlang terakhir Jelena pada tahun 2001.Di
sana, dia berjaya memenangi gelaran pertamanya dengan meraih banyak
wang,pertandingan bersiri terbaik,dan setelah berjaya meraih kemenangan,
gelaran pemenang telah menjadi kebiasaan baginyaSetelah kemenangan di
Rom,dia berjaya memenangi Piala Puteri Toyota di Jepun,Piala Kremlim di
Moscow,Terbuka Saratosa di Florida dan ,Jelena akhirnya berjaya memenangi
satu pertandingan bersiri di setiap permukaan lapangan. setelah memenangi
Birmingham,
Pada 8 Oktober 2001, dia berjaya menduduki carta 10 tertinggi buat pertama
kali dalam kariernya, dan memberi perhatian disana,dan apabila dia
mengumunkan carta 10 sebagai rumahnya,ianya merupakan sesuatu yang
sebenar-benarnya bagi pemain-pemain tenis yang lain!
Permainannya menentang hukum dasar permainan dengan menentang hukum dasar
fizik.Dia agak tinggi pada ketinggian 1.75 meter,tetapi agak kurus,namun
begitu dia masih mempunyai tenaga yang mencukupi padaa pukulan lapangannya
untuk menghadapi pemain-pemain tennis wanita lain yang mempunyai kekuatan
fizikal yang tinggi.Dia mempunyai kebolehan untuk mencapai kemenangan
daripada setiap sudut gelanggang yang mungkin dan ia adalaah seorang
petarung..Apabila dia berjaya menempatkan diri dalam permainan ,tiada
seorangpun yang boleh memujuknya untuk keluar daripada pertandingan.Ia
merupakan suatu peninggalan yang telah dialami dan berjaya ditempuhi.
Jelena dilihat sebagai berjiwa rendah, tetapi dia berusaha untuk
menyangkalnya.Secara beransur-ansur,dia telah mengajar dirinya dengan
mencuba untuk menikmati kehidupan jauh daripada gelanggang dan dia gemar
berhibur sama seperti remaja-remaja 19 tahun yang lain.Dia gemar
membeli-belah,menonton wayang,muzik dan melebihi segalanya adalah cintanya
terhadap teman lelakinya: bintang Formula 1 Brazil iaitu Enrique Bernoldi.
“ Ada masa susah,ada masa senang, anda mesti menghadapinya.Saya sukakan
kehidupan yang ada,ianya tentu sekali bukanlah suatu kehidupan yang
mudah,bagaimanapun saya tidak akan menukarnya dengan apapun!”-Jelena Dokic
This page was created in january 1999 by myself
Pierre Cantin and is still maintained by myself with the tremendous help of many
staff
members. Read the history of
Jelena-dokic.com here. Everything contained here may not be reproduced without our written consent. View our Privacy Policy
here.